Tuesday, December 18, 2012

My first Nasi Lemak~

presenting Gg's first home made Nasi Lemak (sambal bilis termasin sikit)


I know. I know. It's past afternoon. Tapi nak post jugak pasal my breakfast. NASI LEMAK KOPI O.
Assalamualaikum smua. Pagi tadi aku telah menyediakan nasi lemak simple versi Gg dengan gigih, rajin dan tekun! hehehehe. Memandangkan masak untuk 2 orang kan,, sangatlah sonang dan copek (cepat). Pergh. Magik tu bila AKU sendiri yang cakap SENANG...hahahaha.

Sumpah aku tak pernah masak nasi lemak. Did i tell u?? Aku baru mula merajinkan diriku memasak semenjak sebulan yang lalu. Why?
Sebab pertama : tinggal bersama sang suami.
Sebab kedua: cuti sekolah.
Sebab ketiga: just because. hehe.

Walaupun aku tau SEMUA orang tau nak masak nasi lemak, (cuma aku sorang je ketinggalan zaman). Aku tetap NAK LETAK resipi jugak kat sini. Nasib baik blog sendiri and bukan blog orang lain, kan? hehehe. Mengapa aku beria-ria nak masak nasi lemak ni?? sebab nasi lemak ciput yang mahal giler kat Kampung Subang ni. Kalau masak sendiri, bolehla makan puas2 kan??? har har har. Lagi satu, sbb timun ada balance lg sparuh lepas mkn sandwich sardin semalam.


NASI LEMAK SIMPLE BY GG (untuk 2 orang)

beras secukupnya
santan (separuh kotak) + air
::nasi dimasak seperti biasa cuma ditambah santan, sedikit halia potong

garam dan dua helai daun pandan::
::ketika di masak, mestilah dikacau sekali sekala::

telur
::sukati nak goreng dadar ke, mata kerbau ke, or rebus je::

ikan bilis semangkuk kecik
::pun sukati nak goreng dulu atau tidak::

kacang goreng
::aku letak jugak dalam resipi aku walaupun aku tak buat sebab malas nak beli kacang segenggam::

sambal ikan bilis
bawang merah sebiji
bawang putih dua ulas
cili giling

::tumis semua bahan dan masukkan ikan bilis::
::jgn lupa garam dan gula secukup rasa::
(my sambal adalah terlebih garam ye.. tu yang masin terangkat tak hengat)

dan wallahhh~~ nasi lemak simple by Gg

ooppss..and jgn lupa timun potong.

ok, buat masa ini, itu sahaja. saya minta diri dulu ye, nak adjust sambal sikit.

2 comments:

Izzatul Azma said...

Hihi makin mantappppppp skill masakan

Gg said...

thanks to mr. husband (google+youtube) hehehe