Monday, October 8, 2007

kisah Nabi dihujung minggu~

mcm biasa, weekenD je baLik umah. sinCe sejak muLa RamaDhan dh sLaLu baLik, biLa xbalik je rasa semaCam. so, kene baLik. hehehe. hari saBtu bbuka kat kg, bik teMah yg masak..(so, ktOrg tinggaL makan je). raYa taHun ni maYbe nOt sO baD, sinCe 1st raya bik teMah ada kat kampung~ (takdeLa aku bOring senGsOrang,hehe)kisah yg nak dceritakan dsini iaLah kisah Nabi yg aku baca kat umah ari tuh. saje nak sHare dGn sMua~sLamaT m'BaCa!


Pada suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. kembali daripada satu peperangan. Apabila beliau tiba di rumah, beliau singgah terlebih dahulu di masjid dan mendirikan sembahyang sunat 2rakaat. Rumah Nabi Muhammad (saw) adalah sebahagian daripada Masjid Nabawi. Maksud rumah nabi adalah bilik isteri-isteri beliau yang berada di sebelah masjid.

Sudah menjadi kebiasaan Nabi Muhammad (saw), apabila beliau kembali daripada suatu perjalanan, beliau singgah sebentar di masjid. Kemudian, beliau mendirikan solat sunat 2rakaat, kemudian barulah kembali ke rumahnya. Sebelum beliau berjumpa isteri-isterinya, biasanya beliau menjenguk sebentar puteri kesayangan beliau, iaitu Fatimah.

Apabila beliau tiba di pintu rumah Fatimah, beliau di sambut oleh anak kesayangannya itu. Fatimah mencium pipi ayahnya. Kemudian, air mata berlinangan di kelopak mata Fatimah. Apabila melihat puterinya itu menangis, Nabi Muhammad (saw) terus bertanya, "Mengapa kamu menangis, wahai anakku?"

"Saya melihat ayah, wahai utusan ALLAH. Warna kulit ayah sudah bertukar. Kulit ayah semakin gelap kerana terlalu lama berada di luar. Pakaian ayah juga sudah begitu comot. Mengapa ayah bersusah payah melakukan semua ini?" tanya Fatimah. Beliau menangis melihat perihal ayahnya begitu susah payah berusaha menyebarkan agama Islam.

''Wahai Fatimah, jangan kamu bersedih. ALLAH mengutus bapamu bagi menyelesaikan urusan yang amat berat. Tugas bagi memastikan tidak ada satu rumah pun tertinggal, sama ada di bandar atau di kampung, melainkan saya mengajak mereka percaya kepada ALLAH. Sama ada ALLAH memasukkan kemuliaan ke dalam rumah itu, apabila penghuninya percaya kepada ALLAH. Atau pun ALLAH mencampakkan kehinaan ke dalamnya, apabila penghuninya enggan percaya kepada ALLAH. Saya bertanggungjawab memastikan agama ini tersebar, sebagaimana tersebarnya malam ini ke seluruh pulusuk dunia," jawab Nabi Muhammad (saw) kepada Fatimah.

::kisah diambil dari buku " Yakin&Ikhlas;kisah-kisah dakwah Nabi Muhammad di Madinah;Arieff Salleh Rosman;PTS Publications "


ActuaLLy, citer ni wat aku menangis~
*it reminds me bahawa begitu besar pengOrbanan Rasulullah kita, betapa dia sangaT menyayanGi umaTnya~
*it aLso reminDs me of mY father~susah paYahnya mencari reZeki utk famiLi~ (baba, thank yOu so much for eVerYthing!)

5 comments:

faridmw said...

salam..
selamat berpuasa dan selamat hari raya..
kisah nabi kita yang banyak pengajaran dan pembelajaran didalamnya..
bersamalah kita menghayatinya....

Gg said...

saLam..
ya, bersamaLah kta mhaYati kisah nabi yg bnyak pengajarannya~
=)

akirasuri said...

Salam dik!

maceh untuk tazkirah ni..
terinsaf :|

gg..
muka gg macam kawan saya la :)
he he he..

akirasuri said...

oh lupa.
Selamat menyambut aidilfitri gg..
maap zahir batin ek..

jaga diri baek-baek :)

Gg said...

seLaMat haRi raYa jugak buat kak aKirasUri~

muka mcm kwn akak?tenkiU..
(tenkiu ker?hehe)

jaGa DiRi baek-baek Juga~

=)