Friday, November 16, 2012

Cabaran dan Dugaan

Hampanya hati ini bila mengetahui bahawasanya permohonan perpindahan aku tak diluluskan. Hanya Allah yang tahu betapa remuk dan hancurnya perasaan aku bila aku dapat berita ini... Ya Allah, seandainya ini ketentuanmu, aku akan belajar untuk menerimanya dengan redha. Aku yakin, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. 

Baru-baru ini, perasaanku terguris sekali lagi apabila mendengar berita gembira keluarga. Di saat aku kecewa kerana aku masih tidak mendapat tempat disisi suamiku serta mengurangkan kemungkinan untuk aku membina keluarga secepat yang mungkin...aku mendapat berita yang sama untuk kali kedua. Namun aku gembira buat mereka. Mungkin Allah tahu, aku masih belum bersedia selagi aku tidak berada bersama suamiku. 

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang. Tetapkanlah hatiku ini dengan niat hanya untukMu. Sesungguhnya aku adalah hamba yang selalu alpa dengan tujuanku di dunia yang fana ini. 

RABBI YASSIR WA LA TU'ASSIR, LA TAKH'KHOF WA LA TAHZAN,
 INNALLAHA MA'ANA.